Untuk pengetahuan anda, kini anda boleh membuat kemaskini maklumat STR. Sebarang pembaharuan maklumat mestilah melalui portal mySTR, sila ikuti cara membuat Kemaskini maklumat STR dibawah.
Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah STR
Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan untuk gologan B40 telah dijenamakan semuala kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik dari masa ke semasa.
Kerajaan dengan itu telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Cara Kemaskini Status STR
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:
Muat Turun Borang Permohonan
Semakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/