Permohonan Rumah PPR Sewa Serendah RM160 - RM250 Sebulan, Mohon Sekarang

PELUANG KERJAYA
0



Pada masa yang mancabar ini, rakyat negara ini amat memerlukan apa jua jenis bantuan. Oleh itu kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, ini termasuklah bantuan PPR iaitu "Pusat Perumahan Rakyat".

 

Kerajaan telah memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa yang bertujuan untuk memudahan penempatan setinggan hidup selesa dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

 

Untuk makluman juga, kadar sewa PPR Disewa adalah serendah RM160 – RM250 sebulan sahaja, tidak termasuk kos penyelenggaraan.


Syarat-syarat Kelayakan


  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;

  • Berumur 18 tahun ke atas;

  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;

  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;

  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.


Ciri-Ciri PPR Disewa


  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;

  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;

  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;

  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air


Kemudahan Asas:


  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai

  • Surau/Ruang Solat

  • Gerai Makan/Ruang Niaga

  • Tadika

  • Kemudahan OKU

  • Taman Permainan/Kawasan Lapang

  • Rumah Sampah


Cara Memohon


Menurut maklumat dari Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat empat projek Rumah PPR Disewa yang sedang dibuka ketika ini dengan kadar sewa dari RM160 hingga RM250.


Terdapat 3 projek baru PPR untuk disewa yang masih dibuka untuk permohonan seperti berikut :


  • Rumah PPR Batu Arang Labuan : Sewaan RM250 sebulan

  • Rumah PPR Bubul Ria Semporna : Sewaan RM160 sebulan

  • Rumah PPR Kg Gayang 2 tuaran : Sewaan RM220 sebulan


Permohonan PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Sistem Pengurusan Perumahan Negara.


Senarai projek PPR Disewa yang sedang dibuka boleh dirujuk DI SINI, dan permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !