Cara Semakan Kemasukan MRSM Sesi 2023/2024 Untuk Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Semak Sekarang!

PELUANG KERJAYA
0

TERKINI: Keputusan kemasukan MRSM diketahui 7 Mac 2023


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8.00 malam, 7 Mac 2023.


Ahmad Zahid berkata, pertukaran penempatan adalah tidak dibenarkan sepanjang pengajian di MRSM dengan pendaftaran baharu ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac ini.


“MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.


“MARA tahun ini, menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar,” katanya.


Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA mulai 7 Mac 2023.


Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.


Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.


Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM)


Semakan UKKM MRSM Sesi 2023


Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.


Cara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dengan langkah berikut:


  1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah

  2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.

  3. Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.


TERKINI: Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2023 / 2024


Semakan keputusan bagi tawaran kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini boleh disemak mulai 7 Mac 2023, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semakan itu boleh dibuat bermula jam 8.00 malam.


Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara.


Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.


Pemohon boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my

selain mendapatkan makluman terkini melalui portal dan semua platform media sosial agensi itu.


Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian, bermula pada 7 hingga 14 Mac ini.


Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2023 / 2024


Sila layari laman web Mara untuk semakan.


Link semakan:


TINGKATAN 1


https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)


TINGKATAN 4


https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4 (Pautan dibuka pada jam 8.00 malam, 7 Mac 2023)


ATAU


SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023


Sekiranya tuan/ puan ingin merujuk keputusan kemasukan ke MRSM, tuan/puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara terus:


Semakan kemasukan tingkatan 1 :


https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/frmLoginSemakanF1.aspx


Semakan kemasukan tingkatan 4 :


https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/frmLoginSemakanF4.aspx


Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my


Tarikh Pendaftaran


Pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM ditetapkan pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2023.


Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2023


Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2023:


Tarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023


Tarikh pendaftaran pelajar ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2022 / 2023 yang lalu adalah pada 11 April 2022.


Tarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran kedua akan dimaklumkan dalam surat tawaran.


Manakala tarikh pendaftaran bagi sesi 2023 / 2024 masih belum diwar-warkan.


MRSM menawarkan enam program iaitu


  • MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

  • MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)

  • MRSM Ulul Albab

  • MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)

  • MRSM Premier

  • MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !