Senarai bantuan untuk rakyat yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.
Senarai Bantuan Rakyat 2023
Untuk makluman, terdapat beberapa inisiatif baru telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan terutama bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Berikut adalah senarai bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Seperti yang kita sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah pun disalurkan pada Januari lalu. Di pembentangan baru-baru ini beberapa pembaharuan dan penambahan telah diumumkan untuk golongan B40 seperti berikut :
Bantuan tambahan bernilai RM600 untuk kategori isi rumah (keluarga) penerima STR termiskin mengikut data e-kasih (bantuan berbentuk bakul makanan dan baucar makanan asas)
Sumbangan bakul rahmah sehingga RM3,100
Kategori isi rumah yang berpendapatan dibawah RM2,500 layak menerima sumbangan bergantung kepada bilangan tanggungan anak.
Untuk semak kemaskini STR, sila rujuk pada laman rasmi kerajaan DI SINI.
Kredit e-Tunai Belia Rahmah
Bantuan khas ini telah diumumkan oleh kerajaan, golongan belia akan menerima manfaat bernilai RM200 setiap seorang. Insentif ini boleh ditebus dalam bentuk e-wallet. Maklumat lanjut rujuk DI SINI.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Pihak kerajaan juga telah umumkan bantuan khas kewangan sempena aidilfitri. Kadar bantuan adalah sebanyak RM350 untuk pesara kerajaan, manakala RM700 untuk penjawat awam Gred 56 dan kebawah. Pembayaran akan disalurkan pada April nanti untuk maklumat lanjut sila rujuk DI SINI.
Bantuan Lesen Memandu
Bantuan khas ini turut diumumkan, melalui program ini kerajaan bersetuju untuk menanggung kos ujian memandu motorsikal kelas 2 dan lesen bas, teksi serta e-hailing pada tahun ini. Maklumat lanjut sila rujuk DI SINI.
Bayaran Pinjaman PTPTN
Kerajaan membenarkan penangguhan bayaran balik bagi peminjam PTPTN yang mempunyai pendapatan dibawah RM1,800 untuk tempoh maksimum 6 bulan. Bermula 1 Mac 2023 permohonan boleh dilakukan dan diskaun bayaran balik PTPTN juga disetujui oleh kerajaan sehingga 20 peratus bermula 1 Mac nanti.
Tambahan RM500 Untuk Caruman KWSP Akaun 1
Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP akaun 1 berjumlah RM500. Insentif ini bagi ahli yang berumur 40 hingga 55 tahun dengan jumlah simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun 1.