Tak Perlu Lekat 'Roadtax' Hanya Guna Apps 'MyJPJ' Rujuk Cara Dftar Dapatkan Paparan Digital Roadtax & Lesen Memandu

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia. 


Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.


Sebaliknya, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Pada masa sama, Anthony berkata, orang ramai boleh menjimatkan masa yang perlu diluangkan untuk memperbaharui lesen masing-masing atau membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat secara fizikal.


Bagaimana Jika Kereta Atas Nama Orang Lain?


"Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang didaftarkan atas nama orang seperti ahli keluarga atau rakan-rakan, mereka boleh membuat tangkap layar (screenshot) paparan aplikasi itu atau pemilik kenderaan berkenaan boleh juga mencetak paparan tersebut untuk disimpan di kenderaan itu," jelasnya.


Ditanya mengenai kemungkinan kehabisan bateri dan dengan itu pemandu tidak dapat mengemukakan dokumen terbabit menerusi telefon pintar, beliau berkata, pemandu dinasihatkan untuk mencetak dan menyimpan satu salinan di dalam kenderaan masing-masing.


"Tapi sekiranya berlaku kecemasan seperti kehilangan telefon dan pemandu gagal mengemukakan dokumen tersebut, pihak JPJ mahupun polis masih dapat membuat pemeriksaan menerusi sistem integriti yang digunakan pihak penguatkuasaan itu," jelasnya.


Cara Daftar MyJPJ Paparan Layar Roadtax & Lesen Memandu


Untuk pendaftaran, pihak kerajaan kini menggalakkan anda mendaftar secara atas talian di https://public.jpj.gov.my atau muat turun aplikasi mobile MyJPJ:



1. Klik Daftar Akaun Baharu


2. Isi Maklumat Peribadi


3. Selesai


Untuk merujuk maklumat Lesen Memandu & Roadtax sila Klik Pada Profil dibawah

Siaran Media Rasmi Kementerian Pengangkutan


Cara Baru Renew Lesen, Roadtax & Bayar Saman Secara Online


Portal mySIKAP kita boleh renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.


Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut :-


  1. Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM)

  2. Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa

  3. Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

  4. Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

  5. Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,

  6. Kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.

  7. Dan banyak lagi


Untuk maklumat lanjuat sila rujuk article Cara Baru Renew Lesen, Roadtax & Bayar Saman Secara Online


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !