Terkini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kini pemilik kenderaan persendirian warga Malaysia tidak perlu lagi menampal pelekat cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada cermin kenderaan, bermula hari ini.
Apa yang perlu dilakukan pemilik kenderaan bagi mengantikan pelekat cukai jalan adalah menggunakan mod paparan digital LKM (e-LKM), dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefom pintar MyJPJ.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan masih boleh menggunakan LKM fizikal sepanjang tempoh interim hingga hujung tahun ini.
Tiada lagi pelekat 'roadtax', Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perkenal strategi pendigitalan.#AWANInews pic.twitter.com/Mf3rGH0Ife
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) February 10, 2023
Oleh itu, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan LKM dipamerkan dan dilekatkan pada kenderaan sudah tidak lagi dikuat kuasa bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.