Untuk pengetahuan anda, terdapat insentif RM480 untuk suri rumah, balu dan ibu tunggal untuk anda pohon.
Permohonan bantuan Kasih Suri Keluarga Malaysia merupakan bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang berdaftar dibawah e-Kasih yang mana akan menerima insentif dari pihak kerajaan sebanyak RM40 sebulan dan RM480 setahun.
Ia menggalakkan para suri rumah untuk mencarum kepada KWSP dan juga untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Di bawah merupakan maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan bantuan Kasih Suri ini. Anda juga boleh layari laman web Malaysia untuk mengetahui berita-berita semasa dan permohonan-permohonan terkini.
Syarat Dan Cara Permohonan Kasih Suri
Program Kasih Suri ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Nampaknya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui manfaat yang ditawarkan program ini walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.
Faedah Kasih Suri
Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
Menerima sumbangan kerajaan sejumlah RM480 /setahun bermula dari tahun 2019 hingga ke tahun-tahun berikutnya termasuklah tahun 2021.
Bantuan kematian juga disediakan sebanyak RM2,500.
Penerima Kasih Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum yang lain.
Bantuan hilang upaya.
Pengeluaran simpanan.
Insentif kerajaan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Belum mencapai usia 60 tahun.
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).
Golongan suri rumah yang sudah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Siapa yang boleh mencarum
Suami bagi pasangan yang layak.
Diri sendiri (isteri).
Langkah Permohonan
Berikut dikongsikan langkah untuk melakukan permohon bantuan Kasih Suri:
Bawa kad pengenalan beserta dua borang Kasih Suri ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
Borang Kasih Suri KWSP 16G (M) – Untuk pendaftaran kali pertama.
Borang Kasih Suri KWSP 6A (2) – Untuk semasa pembayaran.
Penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan atau kios KWSP berhampiran dengan membawa MyKad anda jika berkelayakan dan berminat untuk menyertai Kasih Suri. Pembayaran caruman boleh dibuat dengan beberapa cara seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP seperti di bawah:
Kaunter ejen bank
Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
Ejen bank berdaftar
Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
Kaunter KWSP
Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Perbankan internet (atas talian)
Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.
Sila rujuk maklumat dan gambar di bawah untuk maklumat lanjut:
Bagi sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela Kasih Suri KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif Kasih Suri, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.