Semak syarat kelayakan bantuan STR Fasa 2, baru sahaja Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 disalurkan secara berperingkat, kini ramai yang tertanya-tanya tarikh bayaran STR untuk fasa 2 pula.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 2 sila rujuk maklumat dibawah.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah STR
Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan untuk gologan B40 telah dijenamakan semuala kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik dari masa ke semasa.
Kerajaan dengan itu telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Kategori Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2
Kategori penerima STR Fasa 2 dijangkakan sama dengan Fasa 1. Pembayaran turut dikreditkan kepada golongan yang dikreditkan pada Fasa 1 kecuali terdapat pengecualian yang diumumkan oleh pihak kerajaan kelak.
Setakat ini berikut adalah kategori penerima STR Fasa 2 :
Kategori Isi Rumah
Berkahwin atau
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah
Kategori Bujang
Bujang belum berkahwin atau
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda/ duda tidak mempunyai anak
Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah