Sebelum ini kerajaan dan KWSP didesak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan dengan keadaan semasa ini dibenarkan untuk mengeluarkan caruman RM50,000.
Menurut wakil pencarum tersebut, mereka suda menghantar memorandum kepada Setiausaha PM iaitu Tuan Farhan Fauzi, untuk diusulkan kepada DSAI agar permohonan mereka didengar dan diambil tindakan.
"Kami sudah membuat rauan sejak dari bulan 5 tahun lalu, dan kami memohon agar dipertimbangkan rauan kami ini" berikut rintihan wakil pencarum berkenaan.
Menurutnya lagi, ramai diantara pencarum yang terdesak untuk mengeluarkan wang simpanan mereka, ada yang sampai tidak dapat membayar sewa sehingga enam bulan dan terpaksa keluar dari rumah bersama anak-anak.
"Kami berharap Kerajaan dan pihak KWSP dapat membantu untuk meluluskan pengeluaran sedikit dari simpanan kami" katanya.
Pengeluaran RM10,000 sebelum ini tidak banyak membantu menurutnya, ekoran dari peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang kian meningkat ini. Ini kerana kebanyakan dari pencarum ini mempunyai banyak hutang dan tanggungan bulanan yang perlu dibayar setiap bulan.
"Saya juga rakyat biasa yang mendengar banyak keluhan dari pencarum terutama golongan B40, saya semagat untuk terus menuntut pengeluaran KWSP ini sehingga berjaya" katanya.
Berikut adalah memorandum Pengeluaran Khas KWSP yang diusulkan oleh pihak wakil pencarum kepada pihak kerajaan dan KWSP:
@6brads SEMOGA USAHA KALIAN SEMUA DIPERMUDAHKAN. RAKYAT TOLONG RAKYAT 💪💪 #fypã‚·゚viral #fypage #fyp #fypdongggggggg #viral #fypã‚· #kwsp #kwspbersasar #wakilrakyatnetizen ♬ original sound - 6Brad's