Kerajaan Tolong Benarkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Untuk 3 Juta Pencarum Yang Memerlukan

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Desakan hidup yang sukar kerana inflasi, pengurangan pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pasca pandemik Covid-19, itu antara alasan menyebabkan lebih 270,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar.


Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) Azmi Mohd Tahir berkata, aduan terbabit diterima melalui borang dalam talian bermula Julai hingga November lalu dan mendesak kerajaan meluluskan tuntutan bersasar itu.


Menurutnya, pengeluaran bersasar itu secara one off (sekali bayar) melalui akaun satu sahaja membabitkan pencarum suri rumah dan ibu tunggal yang tiada kerja tetap dan tidak aktif mencarum mengeluar semua wang bagi kelangsungan hidup.


"Selain itu, bekas pekerja swasta diberhentikan yang tidak lagi mencarum selepas diberhentikan, berhenti secara sukarela dan sukar mendapat kerja kerana usia serta kesihatan juga dibenarkan keluar keseluruhan wang simpanannya.


"Manakala pencarum yang masih aktif mencarum berusia 54 tahun dan ke bawah yang mempunyai simpanan dalam akaun satu melebih RM20,000 dibenar mengeluarkan 30 peratus dari akaun satu mengikut keperluan.


"Pencarum masih aktif mencarum yang ada baki simpanan sebanyak RM19,999.99 ke bawah dalam akaun satu dibenarkan mengeluarkan keseluruhan dan meninggalkan RM200 dalam akaun satu dan dua," katanya, di sini, hari ini.


Azmi berkata, tuntutan itu membabitkan semua kategori pencarum tidak kira usia dari 54 tahun ke bawah selagi mempunyai simpanan untuk kelangsungan hidup mereka yang terkesan.


"Pencarum di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi yang mahu kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP diikuti Johor dan Perak. Usia paling tinggi pula antara 36 hingga 45 tahun yang kebanyakannya mempunyai anak yang sedang membesar dan belajar di peringkat tertinggi.


"Alasan paling banyak diberikan adalah kerana mereka perlu menampung perbelanjaan isi rumah tinggi kerana inflasi dan kenaikan harga barang.


"Selain mahu menyelesaikan tunggakan hutang yang tak dapat diselesaikan sepenuhnya ketika pengeluaran RM10,000 pada April lalu selain pendapatan mereka sudah berkurang," katanya.


Beliau mendakwa, semua yang memohon tuntutan itu adalah mereka yang sangat memerlukan dan KWSP juga pastinya mempunyai mekanisme bagi mengenal pasti mereka yang layak mendapat inisiatif itu melalui pemeriksaan kadar caruman dan tempoh mencarum individu itu.


"Kami sudah mengadakan perjumpaan dengan Majlis Senator Malaysia dan bertemu Timbalan Presidennya, Datuk Razali Idris bersama tiga ahli majlis lain pada 15 Ogos lalu dan memberikan hujah secara tuntas mengenai tuntutan ini, pihak berkenaan juga bersetuju dengan usul kita," katanya.



Menurut Azmi, justeru itu pihaknya juga sudah menghantar surat permohonan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa suara rakyat.


"Kita juga sudah menyerahkan surat itu secara terus kepada wakilnya ketika di Tambun, baru-baru ini. Kita sangat berharap dapat jawapan balas secepat mungkin untuk bertemu beliau.


"Ini semua untuk pencarum KWSP yang sangat memerlukan ketika ini dan kami berharap Datuk Seri Anwar dapat memberi perhatian sekali gus meluluskan tuntutan ini," katanya. - HarianMetro


Hampir kesemua pencarum KWSP sangat menuntut untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilaksanakan secepat mungkin. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Malah, ia terpulang kepada individu masing-masing.


Mungkin ada juga diantara kita terlalu mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang berlaku.


Tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan melalui I-akaun KWSP online


Tetapi tahukah ada terdapat banyak jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.


Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti untuk tujuan membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.


Pengeluaran Akaun 2 KWSP Dibenarkan


Malah, para pencarum masih berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan sejak masa lalu lagi.

Menurut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.


1) Pengeluaran Untuk Pendidikan


Terbuka pada yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej.KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung pembayaran yuran anak anda.


2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah


Kemudian, pihak KWSP turut memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong dan juga seperti rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.


3) Pembayaran Rawatan Perubatan


Sekiranya korang sedang menghadapi masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.


4) Pembayaran Ibadah Haji


Untuk mengurangkan bebanan anda perlu juga untuk menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.


Cara Semak Baki Akaun KWSP


Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun KWSP milik anda:


  1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

  2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.

  3. Untuk membuat semakan baki Akaun KWSP, sila terus klik pada pautan 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'

  4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.

  5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.

  6. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, sila kongsikan kepada kenalan yang lain.



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !