Penjawat Awam Malaysia merupakan jentera penting perajaan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi melancarkan lagi matlamat kerajaan bagi mentadbir negara.
Setiap bulan penjawat awam akan dibayar gaji mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Penting untuk penjawat awam mengetahui jadual gaji mereka, agar dapat merancang perbelanjaan bulanan. Oleh itu, kami akan kongsikan jadual pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2023 mengikuti jadual rasmi pihak JANM.
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Pada 29 November yang lalu, Kerajaan bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 ringgit kepada semua penjawat awam dari Gred 11 hingga 56.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350
Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.