Sedar tak sedar, kini Francais Fast & Furios sudah pun mencapai filem yang ke10, pada masa yang sama satu trailer berdurasi hampir 4 minit telah pun disiarkan di pelbagai saluran media sosial.
Trailer Fast X, kali ini akan memfokuskan kepada jalan cerita kehidupan watak utama Dominic Toretto dan ahli ‘keluarga’nya yang terpaksa berdepan dengan seorang lagi watak jahat baharu yang dimainkan oleh Jason Momoa.
Berdasarkan trailer, apa yang tahu watak baharu ini ada kaitan dengan kematian watak jahat sebelumnya iaitu Hernan Reyes yang pernah muncul dalam filem Fast Five.
Disamping itu, beberapa watak yang pernah ada dalam filem sebelum ini juga membuat kemunculan semula iaitu seperti Deckard Shaw (Jason Statham), Jakob (John Cena) juga kemunculan beberapa watak baharu yang dilakonkan oleh Brie Larson dan Alan Richtson.
Terlalu banyak perkara untuk boleh diulaskan berdasarkan trailer terbaharu ini, jadi sudahkah anda bersedia untuk nikmatilah drama keluarga Fast and Furious yang kini semakin hampir menuju ke garis penamat?.