Berikut kami kongsikan dengan anda cara login CIMB Clicks online banking anda boleh check balance, online transfer, register online, tukar password di www.cimbclicks.com.
Mugkin ramai yang belum tahu cara menggunakan perkhidmatan online CIMB click, sama juga dengan perkhidmatan Online bank yang lain pihak CIMB juga telah memperkenalkan perkhidmatan Online banking mereka sendiri dan ianya juga telah diperketatkan dan lebih selamat.
Cara Daftar Akaun CIMB Click Secara Online
Suka diingatkan sebelum mendaftar online CIMB ini, anda perlulah ke bank CIMB berdekatan untuk mendapat kad berserta pin.
Jika sudah ikuti cara daftar online dibawah:
Pastikan anda telah membuka akaun dengan CIMB di mana-mana cawangan CIMB yang terdekat dengan anda
Anda akan diberikan kad ATM CIMB
Pergi ke mesin ATM, daftarkan nombor telefon anda di mesin ATM CIMB untuk membolehkan anda mendapatkan e-pin / pin ATM bagi memudahkan anda mendaftar CIMB clicks online banking Malaysia
Sebaik sahaja anda register nombor telefon anda dan mendapat e-pin, anda boleh mengikuti cara mendaftar akaun perbankan secara online pula.
Daftar CIMB Click Menggunakan Telefon Pintar
Berikut adalah cara daftar CIMB click menggunakan telefon pintar:
Anda perlu memuat turun /download aplikasi CIMB Click melalui Google Playstore atau Apps Store.
Klik pada aplikasi dan pilih “Register User“.
Kemudian, masukkan nombor kad kredit atau kad debit anda bersama nombor pin yang sah.
Masukkan kod keselamatan seperti yang ditunjukkan dalam ruang yang disediakan dan klik butang “Next“.
Anda akan dapat kod pengaktifan melalui SMS dan sila masukkan kod pengaktifan untuk pengesahan.
Seterusnya, klik pada butang “Continue”.
Pengguna perlu mengisi semua butiran yang diperlukan termasuk ID Pengguna, kata laluan, kunci keselamatan, nama ibu dan alamat e-mel.
Akhir sekali, klik pada butang “I Agree & Submit“.
Cara Dapatkan Dan Semak Penyata CIMB Bank
Untuk dapatkan penyata bank CIMB secara online, berikut adalah langkah-langkahnya :
Log masuk CIMB Clicks
Tekan My Account >Type SA PASSBOOK/ECOSAVE SA-i
Tekan 3 tanda bertitik dan pilih View/ Download eStatement
Anda kini boleh download dan print penyata anda
Cara Renew CIMB Debit Card
Jika anda nak tukar kad CIMB anda kerana expired, anda boleh buat secara online sahaja.
Pergi ke https://apply.cimb.com.my/
Masukkan IC dan Nombor Kad Debit anda
Selesai
Terlupa Kata Laluan
Jika anda terlupa kata laluan (CIMB Click Forgot Password) anda, sila ikuti langkah di bawah untuk dapatkan password baru :
Klik ‘Forgot Password‘ pada halaman Log masuk.
Pilih produk yang anda gunakan untuk mendaftar untuk Clicks.
Masukkan butiran produk anda (cth. nombor kad 16 digit & pin ATM)
Masukkan & sahkan kata laluan baharu anda.
Minta & masukkan TAC. Selesai!
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila hubungi CIMB customer service di talian 03-62047788