Bercuti Dengan Aman Tanpa Ada Tunggakan Cukai & Sekatan Perjalanan

PELUANG KERJAYA
0


16 FEBRUARI 2023 yang lalu merupakan hari terakhir sesi persekolahan para murid bagi sesi 2022 sebelum mereka ‘berehat’ panjang dan mula bersekolah pada 20 Mac 2023 kelak. Perancangan percutian pasti telah dibuat oleh para ibu bapa bagi memastikan cuti sekolah mereka pada tahun ini lebih bermakna. 


Bagi memastikan percutian yang tenang dan aman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memberikan saranan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara bagi sebarang tujuan.


Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/. Manakala semakan sekatan perjalanan boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.


Merujuk kepada Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976), HASiL adalah diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan. 


Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada HASiL melalui data percukaian terkini yang direkodkan.


Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.


Bagi tujuan pembayaran tunggakan cukai pendapatan, bayaran cukai boleh dibuat melalui:


  • Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus https://byrhasil.hasil.gov.my/; atau

  • Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL; atau

  • Mesin deposit tunai/ Mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL; atau

  • Kaunter bank ejen kutipan HASiL terpilih; atau

  • Kaunter Bayaran HASiL Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mengunakan kad kredit / kad debit.


Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !