PERDANA Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan belanjawan 2023 dengan menekankan Pembangunan Malaysia Madani yang memberi tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berdasarkan 3 Tekad.
Pertama, pemacuan ekonomi yang terangkum & mampan, kedua refomasi institusi & tatakelola bagi memulihkan keyakinan, dan yang ketiga keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.
Dalam pemacuan ekonomi dalam ikhtiar pertama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini belum bersedia untuk memperkenalkan kembali cukai GST iaitu cukai barang dan perkhidmatan.
Namum, beliau akan memperkenalkan beberapa cukai baharu iaitu, memperkenalkan semula cukai barangan mewah, dan akan mengkaji semula cukai keuntungan modal.
Selain itu, duti eksais akan dikenakan kepada produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin yang terdapat didalam produk vape atau rokok eletronik. Itu bagi menggalakkan supaya penggunanya berhanti menghisap produk tersebut.