Belanjawan 2023: Bantuan e-Tunai RM200 Belia Rahmah

PELUANG KERJAYA
0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan


KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan dan bayaran akan dibuat pada April 2023.


Sementara itu, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus, iaitu maksimum 90 hari.


Beliau berkata, penjawat awam perlu segera membawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.


Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.


Pemberian kredit e-Tunai itu menelan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !