Kerajaan Malaysia sentiasa mendahulukan rakyat, oleh itu, kerajaan telah sedaya upaya berusaha untuk meringankan beban rakyatnya dengan pelbagai bantuan untuk stiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan elaun sara hidup nelayan adalah program bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu memenuhi ekonomi hidup nelayan dan keluarganya.
Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)
ESHN merupakan bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen diberi sebanyak RM300 bagi tahun 2021 sebulan berbanding RM250 sebulan kepada kategori penerima yang layak pada tahun 2020.
Kadar Bantuan ESHN
Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.
Kadar Bantuan ESHN
Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak:
Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
Mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK, JPKK, JPKKP, MPKK, JKOA atau ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan dibawah penyeliaan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
Ketua isi rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
Nelayan darat tulen.
Definisi Nelayan Darat Tulen
Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan terlinat dalam penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
Sekurang-kurangnya 75% jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari AADK
Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan
Dokumen Berkaitan:
Salinan MyKad
Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
Gambar pemohon
Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai ESHN boleh melayari laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia