Anda suda ada roadtax digital?, berikut perkara yang anda wajib lakukan jika tidak mahu kena saman.
Beberapa hari yang lalu, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke telah mengumumkan bahawa pelekat cukai jalan (road tax) tidak lagi wajib ditampal pada cermin depan kenderaan anda.
Ini kerana lesen kenderaan motor dan lesen memandu telah didigitalkan, oleh itu pemilik kenderaan dan pemandu boleh memuat turun aplikasi MyJPJ untuk menggunakan mod paparan digital cukai jalan dan lesen memandu masing-masing menerusi aplikasi tersebut.
Namun, pengumuman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Walaupun ramai yang bersetuju dan gembira dengan penggunaan cukai jalan dan lesen memandu secara digital, namun terdapat juga netizen yang kurang bersetuju kerana mereka bimbang dengan penggunaan cukai jalan digital ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya.
Usah risau, Menteri Pengangkutan telah tampil menjawab persoalan netizen yang kelihatan bimbang mereka akan disaman jika tidak memuat turun aplikasi MyJPJ dan gagal menunjukkan cukai jalan digital sekiranya diminta oleh polis di roadblock.
Menurut Anthony Loke menerusi Facebook rasminya, penggunaan aplikasi tersebut masih tidak wajib dan ia merupakan salah satu pilihan untuk mendapatkan salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
Anda juga tidak akan disaman jika tidak mempunyai aplikasi itu di dalam telefon bimbit kerana pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
Warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar atau kawasan yang tiada internet pula masih boleh dapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal dari JPJ jika perlu.
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan,” jelas Menteri Pengangkutan dalam satu kenyataan di Facebook.