Ultras Malaya Mendunia Mendapat Pujian FIFA


Walaupun Harimau Malaya terlepas peluang untuk mengesahkan slot ke final kerana tewas 0-3 kepada pasukan Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Thammasat.


Namun semalam terdapat juga perkara  yang harus dibanggakan oleh peminat sukan di tanah air.


Selain dari kesungguhan yang dipamerkan pemain negara, sikap profesional yang ditampilkan penyokong Harimau Malaya ketika berkunjung ke Stadium Thammasat ia turut mendapat perhatian ramai terutamanya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


Menerusi laman rasmi Twitter Fifa, badan induk bola sepak antarabangsa itu turut memuji penyokong Harimau Malaya dengan menyifatkan ianya sebagai salah satu keindahan dalam dunia bola sepak.


"Perlawanan yang sangat indah, penyokong skud Malaysia telah menunjukkan tanda hormat kepada pemain Thailand walaupun tewas kepada mereka dalam saingan Piala AFF," katanya.

@affmecup Best away fans in ASEAN? #AFFMitsubishiElectricCup2022 #BeTheGameChanger #THAvMAS #Thailand #Malaysia #football #ทีมชาติไทย #ช้างศึก #HarimauMalaya ♬ original sound - AFF Mitsubishi Electric Cup

Seperti diketahui ramai, Ultras Malaya dan penyokong setia skuad kebangsaana antara yang memberi peranan penting membantu pasukan negara sejak saingan Piala AFF 2022 ini berlangsung.


Pujian daripada Fifa dan dunia itu telah membuktikan bahawa mereka mengikuti perkembangan semasa saingan Piala AFF walaupun ianya tiada dalam tarikh kalendar rasmi. -- HarianMetro