"Tol" Tambah OL Jadi "Tolol", Terlalu Besar Jasa Tok Nan Untuk Sarawak

PELUANG KERJAYA
0

Semua jambatan yang menyeberangi sungai di Sarawak ini tidak akan dikenakan tol, itu sejajar dengan keinginan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan).


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri tidak akan mengenakan tol meskipun perkhidmatan feri di Sarawak akan berhenti beroperasi apabila jambatan siap kelak.


Tok Nan sebenarnya popular kerana pendekatannya yang mendahulukan rakyatnya. Beliau akan mengutamakan rakyat dalam apa-apa jua keputusan yang dibuat bersama-sama pasukannya.


Diantaranya, beliau sebelum ini memastikan Projek Lebuh Raya Pan Borneo bermula, disamping itu segala tol yang dikenakan pada waktu itu dihapuskan.


Malah dalam ucapannya sewaktu upacara pecah tanah Projek Pan Borneo yang lalu, dimana ianya turut dihadiri Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak, beliau berseloroh tidak mahu menjadikan isu tol bertukar menjadi ‘tolol’.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !