TERKINI: Bantuan RM500 Sebulan Khas Untuk Warga Emas
Ini adalah berita baik untuk semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua daripada RM350 kepada RM500 seorang untuk mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk makluman anda, bantuan ini akan diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat Kelayakan Permohonan
Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan ini haruslah memenuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Membuat Permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Anda hendaklah hadir ke pejabat JKM yang berhampiran, bawa bersama borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun
Dokumen Sokongan:
Kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Dokumen Yang Diperlukan
Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:
Salinan kad pengenalan diri pemohon
Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
0 Response to "TERKINI: Bantuan RM500 Sebulan Khas Untuk Warga Emas "