Tak Pernah Terfikir Nak Ganggu Rumah Tangga Orang. Tapi Sudah Terlanjur Saling Mencintai


Isu rumah tangga merupakan isu yang agak sensitif untuk dibicarakan, tapi sudah lumrah rakyat Malaysia untuk mengikuti kisah ini terutamanya ianya dari orang yang terkenal.


Di setiap pelusuk media sosial kini heboh soal perkahwinan seorang pegarah terkemuka tanah air iaitu Syamsul Yusof dengan Ira Kazar dan ini merupakan isteri kedua Samsul, mungkin itu yang membuatkan kisah ini panas seperti pisang goreng. Mungkin juga ramai yang merasa kasihan kepada isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana.


“Mahu melepaskan hubungan itu dan biarlah dia kembali kepada isteri, anak-anak dan keluarga,”


Itu antara pengakuan yang pernah dibuat oleh Ira Kazar kepada kenalannya, penerbit, Datuk Ayu Puteh berikutan status hubungannya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sebelum ini.


Menurut Ayu, sebagai kawan, dia mengakui, mengetahui tentang mengenai hubungan cinta antara Ira dan Syamsul ketika isu tersebut menjadi bahan gosip ramai selain juga pernah menasihatkan wanita berusia 25 tahun itu untuk tidak meneruskan hubungn ini.


“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.


“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.


“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,”katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.


Selain itu, jelas Ayu, Ira baginya merupakan seorang yang baik namun dalam isu berkawan dengan suami orang ketika itu, dia tidak dapat mengulas lanjut.


“Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi… Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia,”katanya.


Bagaimanapun, kata Ayu, pendedahan yang dibuat mengenai Ira bukan bermaksud dia menyokong tindakan wanita tersebut apatah lagi banyak pihak yang hatinya harus dijaga terutama Datuk Yusof Haslam yang cukup dihormatinya.


Semalam, Syamsul Yusof meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa wanita itu, pelakon veteran, Kazar Saisi. -- Utusan