Syarat Kelayakan Bantuan BTR, BAP & BMT Dibayar Jan 2023
Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.
"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.
Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.
Anwar menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL.
Mengenai pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus taklimat terbabit, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.
Oleh itu, pelbagai bantuan telah dikelola khas untuk rakyat dari pihak kerajaan mahu pun dari kerajaan negeri.
Syarat Kelayakan Bantuan BTR, BAP & BMT
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai Rakyat
Berikut adalah jumlah bantuan dan kategori yang layak mengikuti pembentangan bajet 2023 sebelum ini:
1. Isi Rumah: Berpendapatan kurang dari < RM 2,500 sebulan
RM2,500: Lebih 5 Anak
RM1,000 - RM2,000: 1 - 4 anak
2. Isi Rumah: Berpendapatan RM2,500 - RM5,000
RM500 - RM1,250: 1 - 5 Anak (Tergantung jumlah Anak)
3. Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM600 / RM350 (Bergantung Pendapatan)
4. BTR Tambahan RM500
Bantuan untuk Ibu/Bapa tunggal Dinaikkan daripada RM2,500 sebelum ini kepada RM3,000
Maklumat penuh Bantuan Tunai Rakyat BMT 2023
Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan BAP
Untuk Bantuan Awal Persekolahan yang akan diagihkan pada awal tahun 2023 ini, pihak kerjaan akan memberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya.
Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
Maklumat penuh Bantuan Awal Persekolahan BAP
Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT
Berikut adalah dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Ini adalah penerangannya secara lebih terperinci:
1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA
Warganegara Malaysia
Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan Pemilik
Warganegara Malaysia
Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
Pengesahan pemilik tanah yang sah
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
Maklumat penuh Bantuan Musim Tengkujuh BMT
0 Response to "Syarat Kelayakan Bantuan BTR, BAP & BMT Dibayar Jan 2023"