Cara Permohonan, Rayuan & Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah STR fasa 1 2023
Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan untuk gologan B40 telah dijenamakan semuala kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik dari masa ke semasa.
Kerajaan dengan itu telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjaut tentang Sumbangan Tunai Rakyat STR dibawah.
Jumlah Bayaran Fasa 1 STR
RM300 : Isi Rumah
RM100 : Warga Emas Tiada Pasangan
RM100 : Bujang
*Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Tarikh Bayaran Fasa 1 STR
Bayaran akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Cara Semakan Status STR
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.
Semakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Log Masuk MySTR
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
Masukkan Maklumat Keselamatan
Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
Pendaftaran berjaya
Semakan Bayaran STR Fasa 1
Klik Log Masuk MySTR
Masukkan Nombor MyKad Pemohon
Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
Masukkan Kata Laluan
Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
Maklumat yang akan dipaparkan
Nama Pemohon
No Mykad Pemohon
Status Permohonan
Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Masalah Log Masuk MySTR
Berikut merupakan antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login MySTR:
Portal STR jem, tak boleh masuk
Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.
Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Prihatin Nasional atau bantuan-bantuan sebelum ini
Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR
Kata Laluan salah
Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk STR
Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu
Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.