Soalan Sekolah Rendah Buat Orang Dewasa Terpinga-pinga, Soalan Tak Masuk Akal


Selepas Kerajaan mansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2021, dilihat soalan yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah untuk peperiksaan semakin sukar.


Bukan cuma pelajar, malahan warganet yang sudah di usia dewasa juga tidak memahami apa kehendak soalan sebenarnya.


Dapat dilihat soalan sekarang lebih ke arah pemikiran lateral walaupun itu dalam subjek matematik. Jika anda ingat dulu, soalan matematik lebih kepada nombor namun sekarang lebih menjurus ke arah teks atau ayat.


Melalui pengguna akaun Twitter @KlutzyKucing beliau telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan kertas soalan pelajar sekolah rendah.


“Soalan untuk budak sekolah rendah katanya. Macam tak masuk akal, pemikiran lateral atau pemikiran sakit mental ni?


“Apa benda boleh dibeli daripada pegawai kerajaan?,” tulis komen tersebut.


Dapat dilihat kebanyakan warganet membalas jawapan kepada soalan tersebut ia berkemungkinan adalah nombor plat kenderaan.


Tapi ia hanya dapat difahamkan setelah beberapa kali membaca soalan tapi bagaimana ia boleh difahami pelajar sekolah rendah dengan sekali baca.


Tambahan lagi pengetahuan mereka tidak seluas orang dewasa.


Antara komen yang dilontarkan warganet: