Berikut adalah bantuan khusus untuk golongan B40 pada tahun 2023. Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.
"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.
Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.
Senarai Bantuan Yang Telah Disediakan Kerajaan
Berikut kami kongsikan senarai bantuan yang disediakan:
1. Sumbangan Tunai Rahmah STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Kerajaan Perpaduan akan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat yang susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah, ia sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Dengan itu, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan akan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
2. Bantuan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah menyediakan banyak jenis bantuan yang menyasarkan hampir semua lapisan usia, dari Kanak-kanak sehinggalah warga emas.
Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan jenis elaun yang akan diberikan secara bulanan kepada penerima yang layak untuk memperolehnya.
3. Bantuan Dari Kerajaan Negeri
Bagi memudahkan penyaluran bantuan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri memainkan peranan penting demi memenuhi tekat utama Perdana Menteri untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
Oleh itu, Melalui 13 kerajaan negeri juga telah menyediakan pelbagai jenis bantuan demi membantu rakyat didalam jajahan masing-masing.
Anda boleh membuat permohonan bantuan disetiap negeri kelahiran masing-masing yang telah diperuntukan oleh kerajaan pusat.
Nota: Terdapat pelbagai jenis bantuan yang boleh dipohon melalui portal Kerajaan setiap negeri. Oleh itu, anda perlu memastikan jenis bantuan yang anda boleh pohon mengikuti kelayakan anda. Anda juga diharuskan menyediakan dokumen-dokumen yang akan diperlukan ketika memohon.