Semua Belanja Keluarga Isteri Tanggung, Sampailah Aku Nampak Slip Gaji Isteri


Semua perbelanjaan keluarga isteri tanggung, sampailah aku nampak slip gaji isteri terus aku termenung panjang.


Disebabkan gaji isteri aku lagi banyak, semua belanja rumah, belanja anak dia yang bayar. Bila aku dapat gaji lepas 2 minggu mesti dah takde duit. Memang aku paww je isteri untuk beli duit rokok, atau duit minyak kereta. Pada satu hari aku ternampak slip gaji isteri. Aku tengok gaji dia yang banyak potogan itu. Aku rasa macam satu tamparan.


Alhamdulillah, aku disini bukan nak cerita masalah keluarga aku, aku cuma nak kongsikan pengalaman aku dalam berumahtangga untuk pegajaran bersama.


Aku dan isteri bernikah pada tahun 2010, waktu itu isteri aku baru dapat kerja dengan kerajaan dekat Kuala Lumpur.


Aku plak kerja dekat pantai timur, oleh itu kami adalah pasangan PJJ dan ketika tu memang mencabar dari segi kewangan. Waktu mula-mula dulu aku tak fikir pun pasal nafkah yang aku perlu bagi isteri aku sebab dia sendiri berkerja tambahan pula gaji dia lebih besar dari aku.


Sampilah kami ada anak sorang, aku masih lagi tak peduli pasal nafkah zahir. Nak dijadikan cerita, dapat berita baik yang isteri aku dapat tukar tempat tugas di pantai timur ni.


Namun keadaan masih lagi sama, aku masih tak peduli langsung pasal nafkah isteri, duit susu anak, pampers, duit pengasuh bagai, semua bini aku yang tanggung. Gaji aku tak besar mana, aku cuma dapat bayar duit kereta aku dengan sewa umah namun duit aku tak pernah cukup.


Dua minggu lepas dapat gaji, mesti akan habis, duit dah habis mesti akan paww bini aku, minta duit nak beli rokok, duit belanja nak pergi kerja, duit minyak kereta lagi. Aku masih tak fikir pun apa-apa pasal keluarga, bini aku bising juga la tapi dia tetap bagi.


Yang aku tau hidup aku sibuk dengan kerja. Hinggalah isteri aku mengandung anak yang kedua, waktu itu aku baru terfikir sebab aku tertengok payslip bini aku. Rupanya dia ada macam-macam potongan, kereta, PTPTN, pastu dia kena tanggung kos untuk anak, pengasuh lagi, yang aku ni plak takde duit memanjang.


Aku ibarat macam kena Iempang ketika tidur lena, aku baru tersedar betapa aku telah lalai dalam segala hal. Duit aku yang tak pernah cukup selama ni aku rasa adalah sebab aku leka dalam menunaikan tanggungjawab kepada dia dan keluarga.


Sejak dari itu aku pun cuba dengan segala kudrat yang aku ada. Waktu anak kedua kami dah lahir, dengan gaji yang tak seberapa ini aku cuba ambil bahagian untuk beli susu dan pampers anak. Ya robbi, rupanya kos sebulan untuk beli susu dan pampers sahaja hampir 600 untuk sebulan.


Anak kami yang kedua ni tak boleh minum susu yang murah, sebab perut dia tak sama macam anak sulung, anak sulung kami sebelum ni minum dumex. Apa yang ajaibnya, walau aku bayar duit susu dan pampers anak sampai RM600 sebulan tu, duit aku Alhamdulillah cukup jer sampai nak tunggu gaji.


Mula dari itu aku dah kurang minta duit dengan isteri aku, pada waktu yang sama aku nampak perubahan isteri aku, dia tidak lagi nak angin tak tentu hala. Bila bercakap dengan aku pun sudah tidak tinggikan suara, takde cakap kasar, secara semulajadinya hidup aku yang berserabut ni jadi tenang.


Aku baru sedar mungkin ini adalah  keberkatan dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. Aku pun cuba untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada keluarga aku, dengan gaji aku yang tak seberapa aku bayar separuh bil yang dibayar isteri aku sebelum ini.


Bila gaji naik sikit aku tolong isikan minyak kereta dia. Aku belikan anak bini aku baju setiap kali raya, walaupun itu bukan yang mahal tapi isteri aku punyalah suke, sampai tidur pun dia senyum. Sejak dari tu aku baru nampak keceriaan dalam keluarga kami dan sekarang aku dah mampu beli rumah untuk keluarga aku walaupun rumah teres, bil-bil dan belanja anak-anak semua aku yang tanggung.


Pengajaran dalam cerita aku ni, kepada suami-suami, buat la semampu kita demi melunaskan tanggungjawab kepada keluarga.


Kalai diukur dari segi duit, memang duit kita takkan pernah cukup, tapi utamakan yang utama. Nafkah zahir dan batin itu adalah WAJIB dan ianya tanggungjawab suami. Tapi yang perempuan pun, korang kena support la laki korang terutamanya yang nampak kesungguhan untuk menjaga keluarga.


Jangan korang tibai mintak macam- macam, mintak benda yang takde faedah. Aku bukan nak tunjuk yang aku bagus, tapi aku percaya jika niat kita baik untuk keluarga, insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan.