Selain Buat Anak Ketagih, Lato-lato Juga Bahaya Untuk Mereka

PELUANG KERJAYA
0

Sejak kebelakangan ini permainan yang dipanggil lato-lato mula dimainkan kanak-kanak negara ini. Permainan yang mempunyai dua pemberat dan diikat dengan tali.


Seperti yang ramai tahu, permainan yang mula ramai dimainkan di negara jiran Indonesia ini telah mula dimainkan di setiap negeri di Malaysia.


Namun begitu, permainan lato-lato ini sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak seperti ramai yang telah terkena, ianya boleh mencederakan bahagian mata, gigi atau hidung seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.


Mainan Lato-lato Ini Buat Anak Ketagih Dan Juga Bahaya


Melalui perkongsiannya beliau mendapat satu kes kecederaan akibat cedera bermain lato-lato yang datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan. Kanak-kanak tersebut lebam dan bengkak di bahagian batang hidung.


“Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” ujarnya.


Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak tersebut tersilap hayun lato-lato miliknya, sekiranya ini terjadi ia akan terkena pada tubuh badan kerana ladungnya itu agak berat.


“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.


Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:


  1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.

  2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.

  3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.

  4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.


Seperti mana permainan yang pernah popular pada masanya, masing-masing mempunyai mudarat jika tidak tahu cara mainnya, lato-lato juga mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !