Puteri Sarah Mohon Agar Syamsul Melepaskannya


Kuala Lumpur : Isteri pertama Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana merayu kepada suaminya untuk 'melepaskan'nya kerana tidak rela dimadukan.


Pengumuman mengejutkan itu dibuat Puteri Sarah di Instagram selepas Syamsul masih menyekat nombor telefonnya.


"Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak sekat saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu," tulisnya ringkas.


Perkongsian Puteri Sarah itu mengejutkan ramai pihak sehingga memintanya untuk terus kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup ini.


Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Syamsul memuat naik hantaran yang berharap kedua-duanya isterinya itu bersabar dan bertenang.


Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memohon doa yang baik-baik untuk mereka. -- HarianMetro