PM Tetap Datang Berkerja Walaupun Cuti Umum

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan


Meskipun telah ditetapkan hari ini sebagai cuti umum bersempena Tahun Baharu 2023 yang jatuh pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap datang ke pejabat bagi menyelesaikan beberapa urusan yang penting melibatkan kerajaan.


Menerusi perkongsian di laman Facebook pada Isnin, Perdana Menteri itu dilihat sedang menyemak dokumen dan surat di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.


"Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting," katanya.


Sebelum ini Anwar menerusi amanat Tahun Baharu 2023 menegaskan komitmennya untuk membanteras masalah rasuah yang dikatakan masih dibuat oleh segelintir penjawat awam.


Perdana Menteri turut mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap kelompok kecil tersebut kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.



Di pejabat hari ini selesaikan urusan surat menyurat serta menyertai beberapa mesyuarat penting.

Posted by Anwar Ibrahim on Monday, 2 January 2023