Permohonan Rayuan Sumbagan Tunai Rahmah STR Fasa 1Serta Sebab Dan Kod Tidak Lulus
Jika anda ada maslah tidak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Ini adalah langkah untuk permohonan Rayuan serta sebab dan Kod tidak layak menyebabkan anda tidak Lulus.
Kelayakan Permohonan Rayuan Str Fasa 1
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR Fasa 1 adalah:
Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR Fasa; atau
Pemohon yang berstatus Lulus STR Fasa 1 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Kod Alasan Tidak Lulus STR
Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus NKM melalui KOD TIDAK LULUS STR yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS STR adalah seperti berikut:
Keterangan Status Tidak Lulus Kategori Bujang (KOD 06)
Permohonan STR Fsa 1 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
Berstatus pelajar pada tahun 2022/2023; atau
Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
Saya masih belajar dan Permohonan STR FAsa 1 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR?
Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan STR. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2022/2023 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
Permohonan Rayuan STR Tidak Dibenarkan Secara Dalam Talian
Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:
NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai (Akan dikemaskini kemudian)
Tarikh Permohonan Rayuan STR Fasa 1
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
Secara dalam talian – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
Secara borang kertas – mulai (akan dibuka pada masa akan datang)*.
* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Cara Buat Permohonan Rayuan STR Fasa 1
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
Melalui atas talian pada laman web MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
login ke dalam sistem MySTR klik PermohonanRayuan.
Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
Semakan Status Kelulusan Rayuan STR Fasa 1
Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:
Layari laman web rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
Masukkan no kad pengenalan anda
Masukkan kod catcha yang tertera
Tekan semak
Status BKM anda akan terpapar:
Nombor Pengenalan Akaun dikredit
Nama Penerima
Fasa Pembayaran
Jumlah dikredit
Status Kredit
Nama Bank
Nombor Akaun Bank
Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.
Tarikh Bayaran Kelulusan Rayuan STR Fasa 1
Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀
Kaedah Pembayaran Rayuan STR
Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:
Ada Akaun Bank
Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
Tiada Akaun Bank
Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022
Maklumat Lanjut & Pertayaan
Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
0 Response to "Permohonan Rayuan Sumbagan Tunai Rahmah STR Fasa 1Serta Sebab Dan Kod Tidak Lulus"