Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Melalui i-lindung 2023
Hampir kesemua pencarum KWSP sangat menuntut untuk Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilaksanakan secepat mungkin. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Malah, ia terpulang kepada individu masing-masing.
Mungkin ada juga diantara kita terlalu mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang berlaku.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan melalui I-akaun KWSP online
Tetapi tahukah ada terdapat satu program di bawah KWSP dikenali sebagai i-Lindung. Berikut adalah penjelasannya.
Apa Itu i-Lindung?
i-Lindung pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli), i-Lindung membolehkan para ahli KWSP menggunakan akaun 2 masing-masing bagi tujuan pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal yang disediakan oleh penyedia insurans di Malaysia.
Permohonan i-Lindung KWSP 2022
Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 2 melalui i-Lindung adalah terbuka bagi pembelian polisi perlidungan hayat dan penyakit kritikal.
FWD Takaful Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Etiqa Life Insurance Berhad
Etiqa Family Takaful Berhad.
Anda boleh terus mendapatkan maklumat insurans pada laman i-Akaun masing-masing. Sebut harga akan dipaparkan berserta maklumat produk insurans yang ingin diperolehi.
Anda boleh layari ilindung.kwsp.gov.my ataupun iakaun.kwsp.gov.my
Syarat umum layak mendapatkan iLindung adalah;
Berumur 55 tahun ke bawah
Baki di dalam akaun 2 mencukupi.
Warganegara Malaysia
Pengguna i-Akaun
Jika terdapat sebarang persoalan mengenai i-Lindung KWSP, bolehlah hubungi KWSP di 03-8922 6000.
0 Response to "Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Melalui i-lindung 2023"