Permohonan Miliki Rumah PPRT Tahun 2023, Semak Kelayakan Anda Di Sini!


Berikut merupakan cara permohonan mudah Rumah PPRT Untuk Tahun 2023


Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama PPRT.

 

Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam kelompok B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.


Apa Itu PPRT


Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


Golongan Layak PPRT


Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:


  • Orang Kelaina Upaya – OKU

  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil

  • Warga Emas

  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai

  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.


Kategori-kategori PPRT


Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :


1) Baik Pulih


a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting


  • Penambah baikan

  • Penyelenggaraan

  • Requisition


b) Syarat program bantuan baik pulih rumah


  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.

  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.


2) Bina Baru


Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.


Cara Mohon PPRT 2023


Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :


Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.


CARA MEMOHON >> KLIK DISINI


Maklumat Lanjut


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :


  • Talian Khas : 03 8000 8000

  • E-mel : іnfо@rurаlіnk.gоv.mу