Permohonan Lampu Jalan TNB, Kos Serendah RM10 Sebulan


Untuk Pengetahuan semua, sebenarnya kita boleh memohon lampu jalan dari pihak TNB dengan kos serendah RM10 sebulan. Murah dan terang kawasan rumah kita bukan? Jom rujuk cara memohon dibawah.


Nota: Untuk membuat permohonan lampu jalan ini anda mestilah merupakan pelanggan TNB kerana caj akan dikenakan terus ke dalam akaun TNB.


Kos Pemasangan Lampu Jalan TNB


Berikut caj yang dikenakan:


  • caj pemasangan / penyambungan tiang (one-time payment)

  • caj bulanan RM10.00


Caj pemasangan akan ditentukan selepas lawatan tapak dilakukan kemudian caj bulanan lampu akan dimasukan ke dalam bil anda.


Cara Mohon Lampu Jalan TNB


Untuk mohon tiang lampu jalan dari TNB, anda mestilah membuat permohonan secara manual (tiada permohonan online) ke cawangan TNB berhampiran anda, cara-caranya seperti berikut:


  1. Dapatkan borang Lampu Jalan Individu

Sila lengkapkan borang dan bersama ilutrasi (lukisan) pelan kedudukan lampu yang anda mahukan.

  1. Hantar borang bersama dokumen sokongan

Hantarkan borang yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat TNB berhampiran.

Salinan dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang permohonan Lampu Jalan Individu

  • Salinan bil terkini untuk premis berkenaan

  • Salinan kad pengenalan pemilik akaun


Anda juga boleh melantik mana-mana jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memohon bagi pihak anda.


Borang Permohonan Lampu Jalan TNB


Anda boleh dapatkan borang Lampu Jalan Individu TNB dibawah atau anda juga boleh dapatkan terus walk-in ke pejabat TNB berhampiran.


BORANG Lampu Jalan