Perkongsian Kisah Pilot Tak Kisah Guna Axia Yang Penting Simpanan Membukit


Baru-baru ini telah tular satu perkongsian dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ezairol Rezan Zainol mengenai soal perbelanjaan hidupnya.


Beliau merupakan bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM. Beliau juga mempunyai pendirian tersendiri dalam bebelanja seperti penggunaan kereta.


Apa yang menarik perhatian, walaupun tergolong dalam golongan T20, beliau dan isterinya tidak kisah untuk menggunakan kereta biasa-biasa untuk ke tempat kerja setiap hari. 


Mari kita ikuti perkongsiannya yang telah tular di facebook dan dikongsi lebih 11 ribu orang.


“Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan…”


Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018 itu merupakan kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari untuk dibawa ke tempat kerja mencari rezeki.”


Sebuah kereta kecil dan comel yang dan jimat minyak, kos maintenance yang rendah juga roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.


Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.


Bergantung kepada duit muka yang di bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Saya hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Saya nak bayar bulan-bulan.


Orang nak kutuk tu biasalah… Saya dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita Hidul bukannya dengan pujian dan kejian orang.


Menunjuk-nunjuk kereta di FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang yang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.


Yang menunjuk-nunjuk dan tayang kereta kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang sedang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu.


Kawan…


Belajarlah menyimpan. Fokus untuk kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang merupakan masa untuk kita banyakkan simpanan.


Hanya belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting cuba tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.


Nasihat Untuk Orang Muda


  • Kereta merupakan sebuah kenderaan untuk kita bergerak dari point A menuju ke point B, tak lebih dari itu…

  • Jangan habiskan duit gaji untuk kereta semata-mata atau kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.

  • Memiliki kereta yang mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.

  • Jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan. Amalkan formula setahun gaji cukup untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.

  • Biar kereta mewah, janji tabungan dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita membukit jumlahnya.

  • Kereta itu cumalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua merupakan tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk keperluan keluarga bila kita telah tiada.


‘Family Car’ Untuk Perjalanan Pulang Ke Kampung Atau Jarak Jauh


Dalam pada itu beliau juga turut memiliki ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.


Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.


Demikianlah perkongsian yang menarik daripada beliau dan semoga boleh memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna kepada kita semua.