Pengeluaran KWSP 2023 Bakal Dibenarkan Oleh Kerajaan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar adalah langkah yang lebih baik dilaksanakan kerana ia akan memfokus kepada mereka yang amat memerlukan.


Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, suntikan tunai daripada pengeluaran KWSP pasti akan dibelanjakan untuk menyemarakkan ekonomi domestik.


Katanya, pengeluaran bersasar bukan sahaja kepada golongan B40 tetapi juga golongan M40, iaitu kepada sesiapa yang memerlukan dalam jangka masa pendek ini dan masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.


"Sekiranya ada keperluan mendesak maka pengeluaran KWSP boleh ditimbangkan mengikut keperluan pencarum.


"Masalahnya, ramai pencarum mempunyai baki simpanan yang rendah apabila sudah dibenarkan pengeluaran khas yang lalu, sekali imbas pengeluaran kali ini barangkali hanya memenuhi sebahagian kecil kehendak pencarum sahaja yang berbaki positif.


Beliau berkata, KWSP sebenarnya tabungan untuk hari tua, tetapi krisis yang tercetus daripada pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang tidak dapat mengelakkan pengeluaran ini.


Baki Akaun 1 Pencarum Mencukupi, Ada Harapan Untuk Pengeluaran Bersasar


Kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai hasrat untuk membuat pengeluaran akaun itu sekali lagi secara bersasar, sebenarnya mempunyai baki akaun mencukupi untuk membuat pengeluaran.


Ia berdasarkan kajian yang dijalankan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), mereka mendapati 79.6% daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki Akaun 1 lebih dari RM10,000, manakala selebihnya kurang RM10,000.


Menurut Presidennya, Azmi Mohd Tahir, kajian itu telah dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember lalu, bagi menyediakan data sokongan tambahan untuk tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.


"Daripada kaji selidik ini, nyatanya pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini, mempunyai jumlah baki yang mencukupi untuk membuat pengeluaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Sebelum ini, PGIRM dilaporkan telah membawa suara 270,000 pencarum yang memohon kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.


Permohonan daripada pencarum itu diterima melalui borang online dari Julai hingga November yang lalu, antara sebabnya adalah desakan hidup yang sukar akibat inflasi, pengurangan pendapatan yang tidak seimbang dan tunggakan hutang pasca pandemik COVID-19.


Azmi berkata lagi, laporan yang kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023, sudah pasti akan memberi kesan lebih teruk terhadap rakyat.


"PGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cakna dan prihatin terhadap suara serta kesusahan rakyat.


"Justeru, kami berharap diberi peluang bertemu Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar ini, dalam masa terdekat.


"Rakyat khususnya pencarum, sudah teruk terhimpit dengan kesusahan. Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang sudah dan bercadang mengambil 'jalan pintas' untuk menyelesaikan masalah," katanya.


320,000 Pencarum Tuntut Pengeluaran KWSP Bersasar


Seramai 320,000 pencarum menuntut kerajaan mempertimbang pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini. 


Dianggarkan 50 peratus daripada mereka yang menuntut itu berada dalam senarai hitam atau blacklist sekali gus menyukarkan mereka membuat sebarang pinjaman kecuali dengan ah long. Bercakap kepada Utusan Malaysia


Wakil Pencarum Desak Kerajaan Dan KWSP Luluskan Pengeluaran RM50,000


Kerajaan dan KWSP didesak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan dengan keadaan semasa ini dibenarkan untuk mengeluarkan caruman RM50,000.


Menurut wakil pencarum tersebut, mereka suda menghantar memorandum kepada Setiausaha PM iaitu Tuan Farhan Fauzi, untuk diusulkan kepada DSAI agar permohonan mereka didengar dan diambil tindakan.


"Kami sudah membuat rauan sejak dari bulan 5 tahun lalu, dan kami memohon agar dipertimbangkan rauan kami ini" berikut rintihan wakil pencarum berkenaan.


Menurutnya lagi, ramai diantara pencarum yang terdesak untuk mengeluarkan wang simpanan mereka, ada yang sampai tidak dapat membayar sewa sehingga enam bulan dan terpaksa keluar dari rumah bersama anak-anak.


"Kami berharap Kerajaan dan pihak KWSP dapat membantu untuk meluluskan pengeluaran sedikit dari simpanan kami" katanya.


Pengeluaran RM10,000 sebelum ini tidak banyak membantu menurutnya, ekoran dari peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang kian meningkat ini. Ini kerana kebanyakan dari pencarum ini mempunyai banyak hutang dan tanggungan bulanan yang perlu dibayar setiap bulan.


"Saya juga rakyat biasa yang mendengar banyak keluhan dari pencarum terutama golongan B40, saya semagat untuk terus menuntut pengeluaran KWSP ini sehingga berjaya" katanya.