PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50%
Untuk makluman semua, bermula 10 Januari, hari ini sehingga 12 Januari (Khamis), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menawarkan diskaun saman-saman terpilih sehingga 50%.
Menerusi perkongsian Facebook JSPT KL, sesiapa sahaja dari seluruh Malaysia boleh mendapatkan diskaun saman tersebut di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang sepanjang tiga hari tersebut.
“Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.
“Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai/debit kad/kredit kad. Tetapi digalakkan bayar secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran. Terminal pembayaran disediakan jika mahu menggunakan debit/kredit kad,” petik perkongsian Facebook JSPT KL.
Hanya untuk saman PDRM sahaja, semua jenis saman boleh mendapat kadar pengurangan sehingga 50% kecuali 9 jenis kesalahan ini :
Kesalahan tidak boleh dikompaun
Kesalahan status perbicaraan
Kesalahan berkaitan kenderaan berat
Kesalahan pengubahsuaian ekzos
Kesalahan memotong secara bahaya
Kemalangan
Kesalahan potong di garisan berkembar
Kesalahan lorong kecemasan
Kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah
Pada masa yang sama, tawaran ini sah untuk semua saman dari seluruh Malaysia, ia tidak terhad saman di Kuala Lumpur sahaja.
Jika anda mempunyai saman yang perlu dijelaskan, anda bolehlah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengurangan.
0 Response to "PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50%"