MyKad Hilang Kompaun Sehingga RM1,000 ? Bayaran Kehilagan iC yang Perlu Anda Tahu


Kepada warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) diakibat kecuaian sendiri dinasihatkan serta diingatkan supaya jangan sesekali membuat laporan polis palsu semata-mata mahu mengelakkan diri daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semasa membuat permohonan gantian hilang Mykad.


Contoh laporan polis palsu yang sering dibuat oleh mereka yang kehilangan Mykad akibat kecuaian sendiri adalah dengan cara mendakwa telah menjadi mangsa dalam kejadian kes jenayah seperti diragut, disamun, dirompak dan kecurian.


Sekiranya di dapati bersalah kerana anda membuat laporan polis palsu, anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan


Bayaran Harga Permohonan Gantian MyKad Hilang


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah pun menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri.


Untuk bayaran bagi kehilangan atas kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada sebanyak RM100, dan kehilangan buat kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya adalah RM1,000. Denda itu tidak termasuk dengan bayaran permohonan


Namun ia dikecualikan untuk gologan miskin tegar, orang kurang upaya dan juga mangsa jenayah seperti kecurian, samaun, rompak dan sebagainya


* Untuk membuat permohonan turut akan dicaj sebanyak RM10.


Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan Prosedur Permohonan Gantian Hilang Kad Pengenalan (MyKad).