Murid Tahun 3 Saman Guru KAFA RM410,000


Seorang murid tahun tiga yang patah kaki kanan enam bulan lalu telah memfailkan saman sivil terhadap guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) nya yang menyebabkan kecederaan tersebut.


Mangsa, Muhammad Izz Anaqi Mohd. Izwan, berusia sepuluh tahun dan, ibunya, Nor Azlina Mohamad Yasin, tiga pulih tujuh tahun, telah menuntut ganti rugi sebanyak RM410,000 terhadap guru KAFA tersebut, Ahmad Mursyidin Abdullah, tiga puluh lapan tahun, dan Yayasan Islam Terengganu sebagai majikan defendan pertama.


Writ saman sivil berkenaan telah difailkan menerusi peguam, Mohd. Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co Mahkamah Sesyen hari ini.


Berdasarkan penyataan tuntutan, defendan pertama telah didakwa menghempas mangsa itu ke atas kerusi pada pukul 3.30 petang, 6 Julai 2022.


Perbuatan berkenaan dipercayai berpunca selepas Ahmad Mursyidi tidak berpuas hati apabila melihat kanak-kanak lelaki berkenaan bermain dengan rakan-rakan yang lain di belakang bilik darjah.


Muhammad Izz Anaqi tidak dapat berjalan pulang ke rumahnya selepas kelas dan telah dibawa ke sebuah klinik swasta yang mengesahkan kaki kanannya telah patah berdasarkan imbasan x-Ray. -- Kosmo