"Kita Mulakan 8 Mac, Kita Akhiri 8 Mac" Hari Sebutan Kes Sebelum Anniversary, Puteri Sarah Lega


Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata proses bagi tuntutan cerai boleh diteruskan biarpun Syamsul enggan melepaskan plaintif pada hari sebutan kes terbabit pada 7 Mac depan.


Puteri Sarah Liyana mempunyai beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi menuntut cerai daripada suami, Syamsul Yusof jika pengarah kontroversi itu enggan melepaskannya.


@mstarmalaysia Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur #fyp #tiktoknews #mstar ♬ original sound - mStar Official

"Mengikut prosedur, kalau defendan (Syamsul) hadir pada hari itu (7 Mac depan) dan setuju untuk lafazkan cerai, perceraian antara mereka boleh berlaku.


"Tetapi kalau defendan tidak setuju, kami akan usahakan ke peringkat kedua di mahkamah yang sama di mana kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).


"Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan perceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.


"Jika masih gagal, kita beralih pula kepada hakam mahkamah di mana dalam kes di mana defendan masih enggan (lepaskan), kuasa untuk melafazkan cerai diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif," katanya.


Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan dan Summayah, tiga tahun. -- BeritaHarian