Kisah Puteri Sarah Yang Ramai Tak Tahu Selepas 6 Tahun, Ini Yang Dia Kongsikan..


Semua mengetahui, pelakon Puteri Sarah sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya di mahkamah syariah pada Isnin lalu, selepas 9 tahun berkahwin bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof itu.


Melalui sesi live bersama Neelofa baru-baru ini, Puteri Sarah telah berkongsikan yang dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kembali bekerja.


Puteri Sarah berkongsikan sebelum ini  dia memberikan fokus menjaga suami dan anak-anaknya selama enam tahun dan sanggup untuk membuang kariernya.

@amyqashrina Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof ♬ original sound - Amy Qashrina II - Amy Qashrina Legacy

“Masa nak kahwin, I buang semua. I sacrifice everything, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah,” katanya.


Menurutnya lagi, ramai mengatakan dia sibuk bekerja namun sebaliknya dia kembali bekerja hanya selepas enam tahun menyepi dan bergelar suri rumah.


“So, untuk orang luar kata sebab saya busy. Orang luar yang nampak saya busy tu adalah sekarang. Baru sekarang, betul tak? Sebab saya dah lama menyepi. Enam tahun saya jadi suri rumah. Saya fokus jadi suri rumah dan saya tak nak buat apa-apa,” katanya.


Selanjutnya juga, Puteri Sarah berkata dia nekad kembali untuk bekerja apabila beliau nampak ‘masalah’ tiba ini kerana baginya sebagai wanita dia perlu mempunyai duit sendiri.


Bagaimanapun, Puteri Sarah mengakui yang dia takut untuk membuat keputusan pada ketika itu dan mengambil masa agak lama untuk membuka langkah apatah lagi ketika itu dia telah ditanggung oleh suami selama enam tahun.


Video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dengan keputusan Puteri Sarah itu.