Ini Senarai Penerima Bantuan Kewangan Kerajaan RM1,500 Dibayar Bulan Ini

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.


"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.


Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.


Anwar menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL.


Mengenai pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus taklimat terbabit, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.


Oleh itu, pelbagai bantuan telah dikelola khas untuk rakyat dari pihak kerajaan mahu pun dari kerajaan negeri.


Berikut bantuan-bantuan yang akan diberikan bermula bulan ini kepada rakyat:


Bantuan Khas Kewangan RM1,500


Salah satu Kerajaan Negeri yang memberi Bantuan Khas Kewangan ialah Kelantan iaitu RM1,500 secara one-off kepada mereka yang layak.


Menurut kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bantuan dengan peruntukan RM13 juta akan diberikan kepada semua penjawat awam di negeri berkenaan.


“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita telah mencatatkan lebihan bajet selama lima tahun berturut-turut, sudah tiba masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja keras.


“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500. Bantuan khas ini adalah yang tertinggi dicatatkan untuk penjawat awam negeri,” katanya pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan November 2022 lalu.


Tarikh Pembayaran


Bagi tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan diagihkan pada Januari 2023 seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri.


Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Terengganu turut memperkenalkan bonus RM900 kepada penjawat awam negeri itu.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat pada Januari dan melibatkan 14,000 penerima.


“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang berperanan menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam yang layak,” katanya.