Ini Kategori Yang Akan Menerima RM350 Dibayar Pada Bulan Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan satu juta pesara kerajaan berjumlah RM350.


Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan sangat berterima kasih di atas komitmen tidak berbelah bahagi penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


“Kerajaan bertukar, tetapi penjawat awam tetap setia dan berdedikasi kepada negara,” tambahnya pada pembentangan Mini Bajet di sini hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan peruntukan di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasukkan ke Akaun) 2022 yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.


Akta tersebut telah membolehkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 termasuk untuk tujuan membayar emolumen penjawat awam.


Ia susulan kepada Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan oleh Parlimen sebelum 1 Januari 2023.


Kadar Bayaran


Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh pesara kerajaan:


  • Pesara dan Veteran Kerajaan : RM350


Tarikh Bantuan Diagihkan


Untuk makluman, kerajaan telah bersetuju untuk mula mengagihkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bermula dari:


  • 17 Januari 2023