Ini Adalah Tarikh Jangkaan Bayaran STR Fasa 2 | Semak Sekarang!

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2, baru sahaja Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 disalurkan secara berperingkat, kini ramai yang tertanya-tanya tarikh bayaran STR untuk fasa 2 pula.


Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 2 sila rujuk maklumat dibawah.


Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah STR


Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa bantuan untuk gologan B40 telah dijenamakan semuala kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik dari masa ke semasa.


Kerajaan dengan itu telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.


Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 2 


Untuk pengetahuan anda, STR akan diberikan secara berfasa seperti bantuan-tunai sebelum ini iaitu BTR, BR1M dan sebagainya.


Bantuan STR sama juga seperti bantuan sebelum ini, yang diberikan kepada golongan yang terjejas terutamanya golongan B40.


Namum ianya berbeza dari segi nama dan juga jumlah bantuan yang diberikan, jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada kerajaan dan juga kementerian Kewangan.



Jumlah Bayaran Fasa 2 STR


Seperti yang sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah STR masih lagi dalam proses pembayaran yang mula dibayar 17 Januari dan akan berakhir sebelum akhir bulan ini.


Untuk kategori yang sedang menerima bayaran STR adalah kategori keluarga sebanyak RM300 dan juga untuk kategori bujang sebanyak RM100 yang disalurkan secara kredit terus ke akaun bank penerima.


*Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.


Tarikh Bayaran Fasa 2 STR


Untuk masa sekarang, tarikh bayaran fasa 2 STR belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia mahupun pihak Kementerian Kewangan. Namun begitu tarikh pembayaran STR untuk fasa 2 dijangka akan diumumkan dalam bulan 3 akan datang ataupun sebelum pertahanan tahun ini, sama-sama kita nantikan tarikh pengumumannya.


Cara Semakan Status STR


Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.


Semakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.


Log Masuk MySTR


Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.


Pendaftaran MySTR


  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023

  2. Masukkan Maklumat Keselamatan

  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan

  4. Pendaftaran berjaya


Semakan Bayaran STR Fasa 1


  1. Klik Log Masuk MySTR

  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon

  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan

  4. Masukkan Kata Laluan

  5. Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1

  6. Maklumat yang akan dipaparkan

    • Nama Pemohon

    • No Mykad Pemohon

    • Status Permohonan

    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)



Masalah Log Masuk MySTR


Berikut merupakan antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login MySTR:


  1. Portal STR jem, tak boleh masuk

    • Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.

    • Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.

    • Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.

  2. Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”

    • Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Prihatin Nasional atau bantuan-bantuan sebelum ini

    • Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.

    • Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR

  3. Kata Laluan salah

    • Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk STR

    • Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama

    • Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu

    • Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya

    • Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan

    • Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai


Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.