Ini 3 Bantuan Kerajaan Dibayar Pada Bulan Ini

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2023

Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.


"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.


Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.


Anwar menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL.


Mengenai pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus taklimat terbabit, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.


Berikut 3 Jenis Bantuan Tunai Kerajaan Dibayar Pada Bulan Ini


Bantuan Bayaran BAP


Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya.


Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.


Syarat Kelayakan BAP


Untuk BAP 2023, Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.


Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.


Bantuan Tunai Rakyat BTR


Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 


Perkara ini dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan sasar.


Bantuan Khas Kewangan BKK


Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM700, manakala Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 pula dinaikkan kepada RM600 dan akan dibayar pada Mac, 2023.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan berita gembira itu pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini, pada petang tadi.


Di samping itu katanya, penjawat awam Gred 11 hingga 56 bakal menerima kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 sebulan (setahun bersamaan RM1,200); sementara pesara kerajaan pula akan menerima kenaikan RM350 sebulan.