Hajiji Hilang Kelayakan Sebagai Ketua Menteri, Sabah Bakal Mengundi?


Seorang Ketua Menteri yang bersendirian tanpa sebarang kepastian sama ada dia mendapat sokongan majoriti ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, perlu meletakkan jawatan sepertimana termaktub dalam Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. 


Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan Datuk Seri Hajiji Noor keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama barisan ADUN serta pimpinan parti itu telah menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri Sabah.


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga ADUN Senallang berkata, situasi pergeseran politik Sabah ini bukan cubaan rampasan kuasa atau kudeta. Sebaliknya pergeseran ini perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang.


Namun bila ditanya "Datuk Seri sedia untuk kembali menjadi Ketua Menteri Sabah?"


"Kita ikut perundangan, kita tak perlu andaian-andaian," jawab Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jelas beliau kalau kita sebagai rakyat negara ini tidak mematuhi undang-undang dan kita hanya mengikut nafsu kita, maka berlaku apa yang berlaku. Berikut kenyataan beliau ketika sidang media Parti Warisan tadi.