Dakwa Syamsul Pengecut, Puteri Sarah Liyana Fail Cerai Minggu Hadapan


Masalah rumah tangga yang dihadapi pengarah tersohor tanah air Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan segera memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini. 


Difahamkan permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan pada hari ini namun telah ditangguhkan pada minggu depan berikutan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.


Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.


Peguam terbabit juga memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan pada Isnin ini.


Minggu lalu melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengharapkan supaya kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan juga Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.


Puteri Sarah, 38, menyifatkan suaminya itu sebagai seorang lelaki yang pengecut juga turut mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp miliknya selama setahun. – KOSMO! ONLINE