Cara Semak Penyata Gaji ANM 2023, e-Penyata Menyemak, Mengakses, Dan Mencetak Slip Penyata Gaji Dengan Mudah Dan Cepat


Mugkin ada diantara rakan-rakan pembaca yang baru mula berkerja dengan kerajaan tidak tahu cara untuk semak penyata gaji secara online.


Berikut kami kongsikan cara untuk semak penyata gaji atau cara untuk dapatkan slip gaji kerajaan untuk urusan rasmi.


Apa Itu e-Penyata Gaji


Sistem laporan epenyata gaji ini telah kelola oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia di mana terdapat banyak sistem-sistem online yang disediakan antaranya adalah egumis.


e-Penyata Gaji ialah sistem dalam talian untuk memberi akses kepada kakitangan Kerajaan di peringkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, dan mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan cepat.


Portal ini dapat memudahkan urusan harian melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, pengisian maklumat persekolahan anak, permohonan bantuan kewangan dan lain-lain.


Cara Semakan ANM Penyata Gaji Online


Portal rasmi ANM Login dikenali sebagai ePenyata Gaji. Berikut adalah cara semakan online :


  1. Pergi ke website https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

  2. Log masuk dengan isi nombor KP/ Passport.

  3. Masukkan Kata Laluan.

  4. Daftar Masuk.


Cara Daftar Pertama Kali e-Penyata Gaji


Jika anda merupakan pengguna buat kali pertama sistem ini, sila ikuti langkah berikut:


  1. Pergi ke website https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

  2. Tekan “Pertama Kali Mendaftar“

  3. Isi semua maklumat di ruangan yang telah disediakan.

  4. Ruang yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.

  5. Selepas selesai, sila tekan butang OK.

  6. Anda kini boleh klik daftar masuk.


Nota: Bagi pendaftaran yang berjaya ia bergantung kepada kemasukkan maklumat Nombor KP dan No. Gaji yang telah disahkan oleh sistem.


Download eGaji Dan Laporan (eSPGL)


  1. Selepas login masuk dalam sistem, tekan butang Sendiri di bawah menu Penyata Gaji.

  2. Tetapkan bulan, tahun bila yang anda mahu muat turun.

  3. Pada laporan egaji, akan terpapar beberapa maklumat lain.


Jika anda ingin buat pinjaman untuk loan perumahan kerajaan, insuran cukai pendapatan KWSP 2.0 semuanya akan ditolak terus dan terpapar dalam penyata anda.


Download Penyata Bagi Tujuan Pinjaman


Untuk makluman terdapat penyata khas untuk tujuan institusi kewangan membuat sebarang loan pinjaman daripada pihak bank.


Penyata khas ini perlulah diserahkan kepada bank. Cara untuk mendapatkannya ialah :


  1. Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Pinjaman”.

  2. Skrin pengesahan untuk memasukkan “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan seperti berikut untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata pinjaman.

  3. Pilih No Gaji supaya penyata 3 bulan terkini akan dipaparkan dalam sistem jadual Penyata Gaji.

  4. Klik pada pautan “Menjana”, untuk menjana penyata untuk pinjaman tersebut dan tekan “OK”.