Buang Sampah Merata, Ambil Tempat Duduk Orang Bukti Mentality Penyokong Kelas Ketiga
Malaysia mungkin boleh berbangga dengan kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tempoh hari.
Tetapi kita juga mengakui bahawa sebahagian masyarakat yang hadir memberi sokongan di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya masih dengan mentaliti kelas ketiga.
Pertama sepertinya sudah menjadi kebiasaan sikap membuang atau meninggalkan sampah merata-rata. Malah ia seakan-akan menjadi ‘perkara normal’ dan akhirnya sebati di dalam jiwa sesetengah pihak.
Ikrar! 🖐 Maka kami! Penyokong-penyokong #HarimauMalaya 🐯
— Twt_BukitJalil 🏟 (@twt_bukitjalil) September 9, 2019
Bahawa Kami Berikrar Dengan Sesungguhnya! Tidak akan membuang sampah merata-rata! Tidak akan menghisap rokok di dalam stadium! 👍 pic.twitter.com/FjsjTODnhY
Di dalam atau di luar stadium sama saja sepertinya kesedaran sivik ini tidak tertanam di dalam jiwa masyarakat yang seharusnya dididik sejak kecil.
Apa yang menghairankan, kebanyakan kita merasa kagum dengan video-video yang memaparkan sikap dan budaya penyokong Jepun yang mengutip sampah dan membersihkan kawasan stadium di setiap perlawanan yang dihadiri.
Malangnya apabila bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah berusaha untuk membawa naratif baharu tersebut, segelintir pihak terutamanya pentaksub politik memperolokkan tindakan tersebut kononnya sebagai langkah populis semata-mata.
Bukan di stadium sahaja, malah masalah buang sampah merata-rata ini berlaku di mana-mana sahaja sama ada di kawasan perumahan, perkelahan, tepi lebuhraya, restoran, pengangkutan awam dan tandas masjid sekalipun tanpa ada tempat yang terkecuali.
Kedua adalah mengenai ketiadaan disiplin mengikut nombor tempat duduk di dalam stadium sehingga menafikan hak orang lain.
Ia berlaku setiap kali perlawanan, tiada yang terkecuali. Sama ada perlawanan domestik atau antarabangsa, budaya mementingkan ‘tembolok’ sendiri ini ternyata menyusahkan penyokong yang datang bersama keluarga.
Hormati Tempat Duduk Penyokong Lain
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 18, 2019
Sila ikut nombor tempat duduk di tiket anda untuk perlawanan #AsianQualifiers 🇲🇾 lwn 🇮🇩 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.
* Hanya kanak-kanak yang memiliki tiket diperuntukkan tempat duduk (ikut nombor dalam tiket)#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/1CQX9svuuZ
Apabila ada yang datang untuk duduk di kerusi yang telah dibayar harganya, mereka pula yang dihalau dengan alasan ‘siapa cepat dia dapat’.
Pihak berkuasa keselamatan, pengurusan stadium dan penganjur perlawanan juga sepertinya tidak pernah bertegas dengan perkara ini dan akhirnya ia membarah tanpa sebarang kawalan.
Apabila diadukan kepada ‘marshall’ bertugas, jawapan yang diterima “tak boleh buat apa”, jadi apa tujuannya pembelian tiket yang sudah dibuat secara bersistem dan bernombor?
Akhirnya ada yang terpaksa menonton di tangga stadium dan berterbaran di tempat-tempat yang tidak sepatutnya sedangkan tujuan ke stadium adalah untuk bergembira menikmati perlawanan bersama keluarga.
0 Response to "Buang Sampah Merata, Ambil Tempat Duduk Orang Bukti Mentality Penyokong Kelas Ketiga"