Berikut Panduan Tuntutan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Semua Pelajar Sekolah


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing bermula minggu depan. 


Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.


Menerusi laporan Sinar Bestari, berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.


Antara yang perlu diberi perhatian adalah:


  1. Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.

  2. Sila bawa bersama:

    • Sijil lahir/kad pengenalan murid

    • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.

    • Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

  3. Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.

  4. Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.

  5. Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini, sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.

  6. Fasa 1 akan diserahkan pada:

    • 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat

    • 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima

    • 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam


-- AstroAwani